Friday, January 13, 2006

Parody of the IFL Bill



Christmas day present this year by our go'men to the rakyat, was the passing of the Islamic Family Law Bill. This is despite the fact that dalam Dewan Negara, seramai 25 ahli senator wanita membantah perlulusan akta itu. Nazri Aziz dpd Pejabat Perdana Menteri mengarah 19 orang senator dpd Barisan Nasional utk mengundi mengikut Party Line. Dalam kata lain, jangan memberontak, jangan membantah, kalau tidak, akan dipecat. Nazri invoked the Whip.

Apa gunanya demokrasi sekiranya wakil rakyat, institusi dan mekanisme demokrasi tidak berfungsi untuk menegakkan keadilan?


Parody Parlimen sedang bersesi

Inilah persoalan yang kami tonjolkan dalam aksi KataGender ahad lalu dikaki-jalan bandar Kuala Lumpur. Jika demokrasi bermakna kuasa didalam tangan sesiapa yang berhak untuk invoke the Whip, maka semua senator-senator & wakil-wakil rakyat cuma patung pak & mak turut yang pandai tersenyum kambing sahaja. Bukan?


Bermulalah..


"Sekiranye nak kahwin, kena serahkan semua hak kepada suami. Setuju?"


Apa yang difikirkan oleh Security Guard ini? Tentang hak dia sebagai seorang rakyat? Sebagai seorang anak lelaki, potensi suami, atau tentang gaji yang mungkin dipotong sebab budak-budak ni buat benda entah apalah..


Kamu rasa secure ye? Sebab lelaki, sebab bukan Muslim..Tapi dengarlah!


Jangan menoleh-dalih lagi, ini isu kamu, kami, kita semua.


Salah satu daripada cadangan Bill yang tetap diluluskan oleh 'Parlimen Puppet' kita: "Sekiranya tiada mempunyai bapa, tidak layak untuk undi"
"If you dont have a father, you dont have a right to vote"


Hmm.. mesti aku kisahke? Aku dapat banyak lagi hak..takpekan? Kan? Kan???


"Marilah kambing-kambingku... Tidak.. tak bawak kamu semua utk disembelihkan. Percayalah cakap datuk.."


Senyuman palsu, Suara terpendam. Inikah demokrasi?


"Bill yang seturusnya.. satu keluarga, satu undi cukuplah. Boleh?"


"Kamu berani membantah? Datuk sebat kamu! Invoke the Whip! Invoke the Whip!"


Senator & MP maju kehadapan! *uhuk* *uhuk*


Aksi ini juga cuba mendapatkan respons dan action dpd orang ramai. Dengan cara yang mudah. Kalau nakkan hak, senangje.. boleh mula dengan menandatangani petisyen!


Dalam LRT sempat juga nak mendapatkan engagement.


Jangan tengokje..Gunakan kuasa demokratik anda!


Tandatangan Petisyen


Sesi demokratik kaki-lima sedang dijalankan :)

photoes by ezrena marwan: www.ezthetic.net

No comments:

Post a Comment