Wednesday, October 22, 2008

How a Feisty Fictional Character Got Out the Vote

Taken from International Museum of Women.

Unless my memory's gone screwy, Toni was still with us when the Mak Bedah campaign started - but already ill (possibly hospitalised - not sure on this one).

Anyway, here's the article:

SEPTEMBER: HER VOTE. HER VOICE?

Malaysia's Star Everywoman
How a Feisty Fictional Character Got Out the Vote


By her own description, Mrs. Bedah looks like your average middle-aged Malaysian "auntie," favoring a headscarf, sunglasses, and a loose-fitting floral print baju kurung. She's not pop star material. So what's she doing on YouTube singing remakes of songs by American pop icons Justin Timberlake and the Pussycat Dolls? And why do Malaysian politicians and voters care what she thinks?
Women's Candidacy Initiative
Mak Bedah sings Bedahlicious with Justin Timeforchange
Women's Candidacy Initiative
Mak Bedah's take on the Pussycat Dolls' Don Cha
Image
Women's Candidacy Initiative
Everywoman "Mak Bedah" creates a stir among the Malaysian public. View Larger >
Mrs. Bedah--Mak Bedah in Malaysian--made her debut in early 2008 in time for the Malaysian General Election. She is the creation of the Women's Candidacy Initiative (WCI), a group committed to increasing the participation of women in politics and government in Malaysia. 

Bold and a little bit brassy, Mak Bedah is the fictional character at the center of a creative voter education campaign that used pop culture references and tools plus a healthy dose of humor to inspire Malaysians --especially younger ones--to participate in civil society and stand up for issues that matter to women.

Initially, WCI planned on backing a standard candidate for parliament, independent Zaitun "Toni" Kasim. Sadly, Kasim fell ill, and passed away from cancer. Unable to find another suitable candidate on short notice, but unwilling to throw in the towel, WCI decided to shift its energy towards challenging the remaining candidates to take a stand on the kinds of issues Kasim would have championed.

They needed a new campaign and a new public face - someone voters could relate to and be inspired by. Enter Mak Bedah. Conceived of as a Malaysian everywoman, Mak Bedah was brave, opinionated, and loud. Better yet, with the help of her signature purple headscarf, any of the women in WCI could play her.

I.M.O.W. spoke with WCI representative J.C.H. Lee to learn more about this feisty fictional character.

In a nutshell, who is Mak Bedah?

Mak Bedah was supposed to represent the average Malaysian woman, one who believed in equality, justice and meaningful democracy. She rejected the uneven expectations placed on men and women, but she was clever enough to turn these expectations around.

So, during the 2008 elections, Mak Bedah went shopping, something women are thought to do well. Equipped with a grocery store shopping cart, she went ‘shopping for a real candidate,' who would work to improve the situation for women and to increase representation of women in parliament and in decision-making positions. Bearing a shopping list of positions that her ideal candidate would take, not one, but several members dressed as Mak Bedahs showed up at the public appearances of candidates from all the major political parties to ask them their stance on issues relating to women's rights.

In “Bedahlicious,” Mak Bedah's music video version of the Fergie hit “Fergilicious,” she sings alongside a Justin Timberlake stand-in named "Justin Timeforchange." How did WCI decide on this lighthearted approach to spreading its serious message?"

To raise awareness of the issues negatively affecting women in Malaysia, we needed to get the attention of the media and to reach the young. We decided that we would need an innovative campaign, something different from the staid campaigns of regular candidates. We also wanted to make the electoral atmosphere a fun and engaging one in which the young also had a stake, to widen the meaning of democracy. So, with the help of a WCI member who is also a filmmaker and a couple very sporting souls, WCI produced (in great haste!) a few music videos which we hoped would both entertain and impart a message.

How did people respond to Mak Bedah?

On the one hand, the political candidates that we engaged with in public largely took us seriously and, for the most part, gave thoughtful responses. Most, I'm happy to report, took our points on board; a few supported us outright.

The general public responded well and were supportive too. While many sheepishly took flyers that were being handed out, and others avoided any contact, many took the opportunity to act on their curiosity and find out what the commotion we were causing was about. People can sometimes be wary of coming into contact with politicians - especially those from opposition parties. I think the fact that there were a few similarly clad and cheerful looking Mak Bedahs made us look harmless.

How would Malaysia be different if Mak Bedah had her way?

Mak Bedah's and WCI's visions are the same: A Malaysia in which men and women are able to participate in life as equals with equal responsibilities and opportunities; A Malaysia in which the law recognizes the difficulties faced by women, as well as members of other marginalized communities, and protects the interests and rights they often have difficulty defending themselves; A democracy accessible to all communities, not just women, which enables everyone's voices to be heard and their needs met. While WCI focuses on advancing women's political place in Malaysia, we understand that true equality goes beyond the male-female divide and must encompass a mosaic of different communities and identities, and we all need to look out for each other. A Malaysia in which this happens, we hope, will be the Malaysia of the future and is, at any rate, the one we are working towards.


Cate Conmy contributed to reporting.

The Women's Candidacy Initiative promotes civil society and women's rights in Malaysia.


12 comments:

  1. kafir better b careful otherwise...

    u want to c disaster in bali will happen here?

    so, better shout u r mouth!

    ReplyDelete
  2. mak bedah?

    in photo look like just chinese & indian...

    we cleverer now!

    ReplyDelete
  3. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

    ReplyDelete
  4. http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

    ReplyDelete
  5. DALAM NEGERI
    NGO jangan cabar fatwa
    PUTRAJAYA 10 Nov. - Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk bukan Islam diberi amaran agar tidak mencabar kewibawaan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana ia membabitkan hukum berda sarkan sumber nas al-Quran, Sunah, Ijmak dan Qias.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, golongan itu perlu menghormati fatwa tanpa bersikap semberono mempertikaikan sesuatu hukum berasaskan logik akal semata-mata untuk kepentingan liberalisme bagi kelompok tertentu.

    ''Mereka yang tidak tahu tentang hukum Islam jangan sentuh empat sumber hukum itu kerana kita tidak mahu kredibiliti fatwa dicabar.

    ''Ini kerana ahli-ahli majlis fatwa dipilih oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan mereka diberikan kuasa untuk memberikan garis panduan kepada umat Islam terhadap se suatu yang tidak ada hukum," katanya.

    Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri rakaman program Infaq, satu rancangan televisyen terbitan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) di sini hari ini.

    Ahmad Zahid mengulas laporan sebuah portal berita Jumaat lalu mengenai tindakan NGO bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs berdemonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan perlakuan 'penkid' atau wanita menyerupai lelaki baru-baru ini.

    Portal berita itu juga menyiarkan temu bual dengan Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah mempersoalkan fatwa tersebut yang disifatkan cuba mengongkong cara hidup seseorang termasuk dalam soal berpakaian.

    Ia kononnya dikhuatiri menyebabkan negara ditertawakan oleh negara luar.

    Menurut Ahmad Zahid, setiap fatwa yang dikeluarkan mempunyai latar belakangnya sebagaimana isu 'penkid', ia berasaskan aduan yang diterima oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai masalah tersebut.

    ''Kalau isteri lari ikut lelaki lain, kita ada undang-undang tetapi kalau isteri lari ikut perempuan lain, ini tidak ada undang-un dang.

    ''Jadi setakat ini fatwa penkid dikeluar kan untuk panduan umat Islam dan hukum seseorang perempuan tidak boleh menyerupai lelaki sudah ada hukumnya. Ini bukan kita hendak mengasingkan golongan wanita," katanya.

    Beliau berkata, Wilayah Persekutuan akan mewartakan fatwa pengharaman penkid secepat mungkin manakala negeri-negeri di bawah bidang kuasa Majlis Fatwa negeri.

    Jelas beliau, sekiranya NGO tersebut mahu mengetahui perincian latar belakang fatwa, pihaknya bersedia menganjurkan pertemuan dengan ahli-ahli majlis fatwa supaya mereka mendapat penjelasan dan berdialog bagi merungkai perkara itu.

    ReplyDelete
  6. Anonymous7:36 pm

    Fuck U Katagender

    Yeah...freedom of speech right?

    Moron!!!

    -StupidMoronKataGender-

    ReplyDelete
  7. Anonymous6:07 pm

    hey katagender..Dont wait for Allah's wrath. Allah is the the Most Gracious and Most Merciful..Allah s.w.t creatd y'all. Who are we to go against Allah? You will die soon so do i..Remember that..BTW dont make Malaysian Muslim get angry with your action..We have dignity..Coz ur religion is ur belief and Islam is ours..Ad Din..Our belief is getting stronger and stronger due to this..We dont ever interfere with your belief..But remember u are also human..a lot of weaknesses..We warn you to stop with an immediate effect any factors that may cause a turmoil, riot etc...Do you listen to me katagender?

    ReplyDelete
  8. ARKIB : 22/11/2008
    NGO bukan Islam jangan terlalu provokatif - JIM
    KUALA LUMPUR 21 Nov. - Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) menggesa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tidak bertindak keterlaluan dalam menyuarakan sebarang pandangan yang menyentuh mengenai sensitiviti agama lain.

    Ketua Wanita JIM, Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj berkata, meskipun menyuarakan pandangan itu bukan merupakan satu kesalahan, golongan terbabit seharusnya merujuk dahulu dengan pihak berwajib bagi mengelak salah faham berlaku.

    ''Keadaan ini biasanya berlaku akibat salah faham kerana tidak membuat rujukan terlebih dahulu yang akhirnya membawa kepada tindakan melulu dan boleh dianggap keterlaluan.

    ''Apabila ini berlaku, pastinya ia mencetuskan kemarahan kaum lain kerana ia membabitkan sensitiviti agama rasmi negara ini, malahan tidak mustahil ada yang menganggap ia satu perbuatan yang biadap,'' katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional ke-15 JIM di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan beberapa NGO bukan Islam memperlekehkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam mengharamkan perlakuan wanita menyamai lelaki atau 'pengkid'.

    Harlina berkata, pendekatan provokatif sedemikian juga dilihat tidak bersesuaian untuk dipraktikkan kerana tiada jaminan gejala sosial seperti itu akan dapat dibendung.

    ''Seperti JIM, kami lebih selesa menggunakan pendekatan lembut dan penuh kasih sayang dalam usaha menyelamat golongan yang lazimnya dipandang serong ini menerusi kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),'' katanya.

    Menurutnya, pendekatan menerusi sistem perundangan belum tentu mampu menyelesaikan masalah sosial sedemikian yang kini semakin menular di kalangan masyarakat di negara ini.

    ''Kita tidak fikir gejala itu dapat diselesaikan dengan cara menghukum, hukuman itu boleh, tetapi sebagai pilihan terakhir selepas pelbagai langkah terbaik yang dijalankan gagal memberi kesan,'' ujarnya.

    Pada 23 Oktober lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan perempuan yang berpenampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai 'pengkid'.

    Berikutan itu NGO bukan Islam seperti Katagender dan Food-not-Bombs mengadakan demonstrasi di Menara Berkembar Petronas (KLCC) bagi membantah keputusan majlis tersebut mengharamkan perlakuan 'pengkid'.

    ReplyDelete
  9. JANGAN cabar fatwa. Itulah arahan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tanggal 10 Nov 2008. Menurut laporan Utusan Malaysia, arahan tersebut dikhususkan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam, Katagender dan Food-not-Bombs, yang berdemonstrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pengharaman pengkid 23 Okt lalu.

    Malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, juga memberi amaran yang sama kepada "NGO bukan Islam" berkenaan pada 13 Nov. Pulak dah!

    Laporan mutakhir untuk Zahid dan Musa — Katagender bukannya satu "NGO bukan Islam". Ia merupakan satu kolektif pelbagai kaum dan agama, termasuk lelaki dan wanita Islam. Dan bantahan terhadap fatwa ini bukan hanya timbul di kalangan orang bukan Islam. Ramai juga orang Islam yang mempersoalnya. Artikel saya sebelum ini juga merujuk kepada isu ini.

    Tapi menurut Zahid lagi, tidak wajar untuk sesiapa "mempertikaikan sesuatu hukum berasaskan logik akal semata-mata untuk kepentingan liberalisme bagi kelompok tertentu."

    Ini bukan satu pendapat yang baru, atau pendirian yang khusus kepada Zahid. Kira-kira tiga tahun yang lalu, presiden Angkatan Belia Islam Malaysia atau Abim, Yusri Mohamad, menggunakan hujah yang sama apabila beberapa kumpulan wanita membantah Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005.

    Menurut laporan Utusan Malaysia, 12 Jan 2006, Yusri berkata, "[P]eruntukan yang ada dalam [Rang Undang-Undang Keluarga Islam] itu tidak seharusnya dibahas atau diperkatakan mengikut akal fikiran manusia kerana ia berasaskan hukum syarak."


    Presiden Abim Yusri Mohamad Katanya lagi, "Kita juga perlu ingat tidak semua orang boleh bercakap mengenai hukum syarak kerana ia berasaskan Al-Quran dan hadis."

    Masa saya Tingkatan Dua, ustaz saya juga pernah berpesan supaya jangan mempersoal hukum agama. Nanti jadi gila, katanya. Jadi saya pun berhenti mempersoal apa sahaja tentang agama Islam, sebab saya takut nanti saya jadi gila.

    Namun, saya terus terbaca dan terdengar perkara-perkara berbau diskriminasi terhadap wanita, bukan Islam, dan golongan gay, lesbian dan mak nyah — tetapi bertopengkan "hukum" atau "fatwa". Inilah yang membuatkan saya hampir-hampir gila, bukannya soalan yang saya ada tentang firman Allah.

    Menurut perintah

    Tetapi, adakah perintah yang dikeluarkan oleh Zahid itu tepat? Benarkah di dalam Islam, orang Islam mahupun bukan Islam tidak boleh menggunakan akal dan logik untuk menilai sesuatu hukum?

    Saya bukannya seorang ulama, tetapi saya merupakan seorang Muslim yang selalu mendapat ilham daripada kitab suci Al-Quran.

    Allah berfirman dalam Surah Al-Jaathiyah, Ayat 5: "Dan [pada] pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga [pada] rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta [pada] peredaran angin, [semuanya itu mengandungi] tanda-tanda [yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya] bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran."

    Bagi saya, jelas sekali Islam mementingkan penggunaan akal fikiran untuk menilai dunia dan kewujudan alam.

    Tetapi besar kemungkinan pendirian saya akan diserang kerana saya tidak mempunyai tauliah sebagai seorang ulama. Jadi saya ambil satu contoh dari sejarah perkembangan Islam pada awal abad ke-20, yang diceritakan dengan lebih terperinci dalam Islam: A Short Introduction, oleh Abdulkader Tayob.

    Pada masa itu, komuniti Islam di India sedang dilanda kekeliruan tentang peranan teknologi dalam amal ibadat. Sekitar masa ini, alat pembesar suara mula digunakan dalam pelbagai konteks di serata dunia. Masyarakat Islam di India tidak tahu sama ada alat pembesar suara boleh digunakan dalam konteks sembahyang berjemaah.

    Dalam sembahyang berjemaah di masjid, imam akan berdiri di hadapan dan menerajui semua bacaan dan gerakan yang akan dituruti oleh jemaah yang lain. Apabila bilangan jemaah terlalu besar, saf di belakang mungkin tidak dapat melihat atau mendengar imam. Jadi, beberapa orang mukabbir akan menyelangi saf-saf pada jarak tertentu dan mengeluarkan laungan yang menjadi panduan kepada jemaah lain untuk mengikut pergerakan imam.

    Tetapi pada tahun 1963, satu fatwa yang penting diterbitkan oleh Mufti Muhammad Shafie dari madrasah Darul Uloom, Deoband. Darul Uloom diasaskan pada tahun 1867, dan mempelopori ajaran mazhab Hanafi. Ia merupakan salah satu institusi dakwah Islam yang paling terkemuka di dunia. Malah, saya terbaca dalam majalah Off the Edge edisi November 2008 bahawa Mursyidul Am PAS sendiri, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, telah melanjutkan pelajarannya di Deoband pada tahun 1950an.

    Tapi kita berbincang tentang Mufti Shafie, bukan Nik Aziz. Shafie telah mengeluarkan satu fatwa yang mengharamkan penggunaan alat pembesar suara dalam solat berjemaah. Ini bukan calang-calang fatwa. Impaknya pun amat serius kerana walaupun golongan Islam merupakan minoriti di India, populasinya tetap gergasi jika dibandingkan dengan negara-negara lain.

    Namun, beberapa tahun selepas itu, alat pembesar suara mula digunakan secara berleluasa untuk solat jemaah dalam masjid-masjid di Mekah dan Madinah, tanpa sebarang pengharaman oleh ulama Arab Saudi. Jadi, Mufti Shafie terpaksalah mengkaji semula fatwanya, dan akhirnya menterbalikkan pengharamannya terhadap penggunaan alat pembesar suara.

    Kepentingan umum

    Jadi, bagi sayalah sekurang-kurangnya, sesuatu fatwa itu penting untuk mencapai kesinambungan dalam penghayatan agama Islam. Akan tetapi, fatwa boleh berubah mengikut keadaan dan keperluan semasa. Malah, fatwa boleh dicabar dalam konteks tertentu. Dalam sejarah Islam, para alim ulama sering mengeluarkan pendapat tentang hukum-hakam, tetapi mereka amatlah merendah diri dalam hal ini.

    Imam Shafie sendiri pernah berkata, "Pendapat saya adalah betul, namun kemungkinan bahawa saya salah tetap wujud." Dan pemikirannya telah menjadi asas kepada mazhab Shafie yang tersebar ke Asia Tenggara.


    Gambar oleh Lainie Yeoh

    Ketika pemerintahan Abbasid, khalifah Mansur pernah cuba mempamerkan Muwatta oleh imam Malik di Kaabah, sebagai panduan kepada rakyat di seluruh empayar Islam. Malik tidak membenarkan Mansur berbuat demikian, dengan hujah bahawa umat Islam di kawasan yang berlainan mungkin mempunyai pandangan dan tafsirannya sendiri. Kata Malik, "Kepelbagaian pendapat itu adalah rezeki Allah kepada ummah."

    Jadi, adakah perintah supaya orang awam tidak mencabar fatwa mengambilkira realiti sejarah tamadun Islam seperti ini? Zahid berkata bahawa pihaknya bersedia untuk menjelaskan fatwa pengharaman pengkid tersebut kepada pihak NGO. Malah, Zahid berkata bahawa Wilayah Persekutuan akan cuba mewartakan fatwa tersebut secepat mungkin.

    Jika fatwa tersebut diwartakan, ia akan membawa kuasa undang-undang — mana-mana wanita yang dianggap memaparkan ciri-ciri pengkid akan dilihat sebagai penjenayah. Adakah ini dianggap sebagai contoh hikmah dan kebijaksanaan yang dibawa oleh Islam?

    Saya sendiri bukannya mempersoalkan fatwa ini sekarang. Tetapi saya ingin tahu bagaimanakah pewartaan dan pelaksanaan fatwa ini akan menjamin keadilan dan kesaksamaan terhadap rakyat Malaysia?

    Benar, kita tidak patut mempersendakan atau memperlekehkan mana-mana ajaran agama di Malaysia yang majmuk ini. Tetapi, bila sesuatu fatwa itu digunakan untuk membentuk dasar awam yang memberi kesan mendalam kepada kepentingan umum, kita semua berhak untuk melontarkan pendapat masing-masing secara terbuka.

    ReplyDelete
  10. ADA perkembangan terbaru dalam isu fatwa di Malaysia. Tanggal 2 Dis 2008, Utusan Malaysia melaporkan yang Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan mengaku tidak boleh memaksa kerajaan negeri mewartakan fatwa berkaitan rokok. Alasannya kerana kuasa mewartakan fatwa terletak di bawah Jabatan Mufti Negeri masing-masing.

    Sebelum ini, ahli parlimen PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa, telah bertanya ketika sidang Dewan Rakyat kenapa fatwa pengharaman rokok yang diputuskan pada tahun 1997 belum diwartakan di setiap negeri.

    Dalam laporan yang sama, Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria berkata bahawa mewartakan fatwa pengharaman rokok itu “tidak penting”. Sebaliknya, pihak berkuasa perlu menghentikan import rokok.

    Bandingkan maklumbalas rasmi ini dengan gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, supaya fatwa pengharaman pengkid diwartakan secepat mungkin di Wilayah Persekutuan. Malah, Zahid telah memberi amaran tegas khusus kepada rakyat bukan Islam supaya jangan mempersoal fatwa tersebut. Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, juga memberi amaran yang sama kepada rakyat bukan Islam.

    Jelas sekali, pendekatan pihak berkuasa tidak sama terhadap semua jenis fatwa. Ada yang dikatakan tidak penting untuk diwartakan, seperti fatwa mengharamkan rokok. Ada pula yang dianggap sangat penting, seperti fatwa pengharaman pengkid dan yoga.

    Suara rakyat?


    Penjara dua tahun jika menentang fatwa (© Sanja Gjenero / sxc.hu)

    Memang tepat amaran yang diberikan oleh Zahid dan Musa. Menurut Seksyen 12, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997:

    “Mana-mana orang yang memberikan, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat tentang ajaran Islam, hukum syarak atau apa-apa isu yang bertentangan dengan mana-mana fatwa yang sedang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”

    Akan tetapi, isu mencabar fatwa yang sudah diwartakan merupakan hanya satu aspek yang perlu dikaji. Bagaimana pula dengan sumbangan suara rakyat sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan?

    Ini yang saya ingin tahu sebagai rakyat beragama Islam di Malaysia — apakah proses yang dilalui sebelum sesuatu fatwa itu dikeluarkan, dan semasa ia diwartakan? Maksud saya, fatwa yang diwartakan akan membawa kuasa perundangan ke atas diri saya. Beraneka jenis fatwa pula merangkumi pelbagai perkara terperinci seperti sama ada saya menghisap rokok, atau mengamalkan senaman yoga di True Fitness.

    Contohnya, jika saya kekal menghisap rokok sekiranya fatwa mengharamkan rokok diwartakan, saya mungkin didenda atau dipenjarakan. Jadi, hanyalah adil jika saya dilengkapi dengan segala maklumat tentang proses yang dilalui sebelum sesuatu fatwa dikeluarkan dan diwartakan. Bukankah logik jika saya dan rakyat di seluruh negara diberikan peluang untuk bertanya pelbagai soalan tentang sesuatu fatwa dan memberikan pendapat kami sebelum ia dikeluarkan atau diwartakan?

    Proses fatwa di Malaysia


    Menurut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam — saya memetik Seksyen 31 enakmen negeri Selangor — fatwa oleh mufti yang dicetak dalam Warta akan memperolehi kuasa perundangan secara automatik. Dengan kata lain, fatwa boleh menjadi undang-undang tanpa sebarang pembentangan atau perbahasan dalam Dewan Perundangan Negeri. Jadi di Selangor, contohnya, fatwa akan menjadi undang-undang sekadar diperkenan oleh Sultan dan dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

    Di wilayah-wilayah persekutuan pula, fatwa oleh Mufti Wilayah Persekutuan hanya perlu diperkenankan oleh Yang Di-Pertuan Agong sebelum ia diwartakan.

    Fatwa di peringkat negeri dan di wilayah persekutuan selalunya berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan. Apa pula proses pengeluaran fatwa oleh majlis ini?

    Susah untuk dikenalpasti — jika anda melayari laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mustahil sekali mengesan pautan untuk menerangkan apa sebenarnya fungsi dan mandat majlis tersebut. Jakim adalah pihak yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

    Apa yang tertera di laman Jakim ialah senarai ahli muzakarah jawatankuasa tersebut. Tapi ia tidak mudah dicari. Jika anda kurang peka, anda mungkin tidak dapat mengesannya — terpaksa anda mencarinya melalui peta laman.

    Apa yang ada juga ialah portal e-fatwa, yang memuatkan fatwa-fatwa dari seluruh Malaysia. Jadi anda boleh menyemak fatwa-fatwa yang diwartakan di setiap negeri, termasuk teks penuh fatwa tersebut dan tarikh pewartaannya.

    Ketelusan ini memang perlu dipuji, akan tetapi ia masih tidak menjawab persoalan tentang proses pengeluaran dan mewartakan fatwa. Saya sendiri telah cuba mengatur wawancara dengan pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, untuk menjernihkan perbincangan ini. Saya diberitahu oleh setiausaha kanannya bahawa beliau tidak bersedia untuk diwawancara.

    Ketelusan proses fatwa

    Dalam tulisan terakhirnya sebagai Mufti Perlis untuk ruangan Pena Mufti dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 30 Nov, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menceritakan pengalamannya dengan majlis fatwa kebangsaan.

    Asri menulis, “Jakim pula tidak akan melantik saya dalam sebarang panel fatwa, walaupun mufti negeri lain dilantik.” Tulisnya lagi, “Bahkan rakan-rakan sejawatan beberapa negeri menghalang saya berceramah di negeri mereka. Selangor umpamanya membenar semua mufti berceramah, kecuali Mufti Perlis.”

    Mungkinkah kerana Asri mempunyai pendapat alternatif sebagai mufti? Asri memberikan contoh terkini, “Sehingga pada saat-saat ini pun apabila saya memberikan sedikit alternatif tentang isu yoga, ada pihak yang mendakwa PhD saya bukan dalam bidang agama dan saya tidak layak memberi pandangan di hadapan golongan agama yang sudah lama berjawatan. Padahal PhD yang ditulis dalam Bahasa Arab itu dicetak oleh UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), dan cetakan kedua diterbitkan oleh pencetak buku ternama di Beirut, Lebanon.”

    Tetapi kenapa Asri dilayan sebegini? Sedangkan mufti lain juga tidak sunyi daripada melontarkan pendapat yang agak mengejutkan. Contohnya, pada tahun 2005, mufti Perak menghalalkan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Ayah Pin dan pengikutnya. Pendapat ini bertentangan dengan pendirian beberapa alim ulama yang lain, terutamanya dari PAS yang merupakan komponen Gerakan Mansuhkan ISA.

    Jika fatwa menghalalkan ISA diwartakan di negeri-negeri yang ditadbirkan oleh Barisan Nasional, adakah pemimpin-pemimpin PAS yang membantah fatwa itu akan didakwa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah? Sebaliknya, jika negeri yang ditadbirkan oleh Pakatan Rakyat mewartakan fatwa mengharamkan ISA, adakah ulama yang menyokong ISA seperti Harussani pula akan didakwa di bawah akta yang sama?

    Contoh saya ini mungkin nampak keterlaluan, tetapi ia bukannya mustahil. Penelitian yang diberikan terhadap soalan ini perlu melibatkan setiap sektor rakyat — merangkumi mereka yang bersetuju, membantah, atau keliru — dan perlu bebas daripada tekanan politik.

    http://thenutgraph.com/kontroversi-fatwa-berterusan

    ReplyDelete