
Keberanian pasangan tersebut ternyata apabila mereka bukan sahaja mencabar dakwaan itu, malah membuat laporan polis terhadap pegawai KLCC yang meminta rasuah daripada mereka sebelum mereka disaman. Ooi dan Siow juga mencabar kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mewujudkan undang-undang kecil bagi mendakwa mana-mana pihak yang berkelakuan tidak sopan di tempat awam.
Seksyen 8(1) Undang-Undang Kecil Taman, seksyen yang dirujuk oleh Datuk Bandar untuk menghukum sesiapa yang didapati berkelakuan tidak sopan di tempat awam diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 4 April lalu behawa adalah mengikut perlembagaan. Namun, kelakuan apa yang akan ditakrifkan sebagai "kurang sopan" masih diragui.

Adakah pertunjukkan kasih sayang dan cinta itu merupakan suatu yang "kurang sopan"? Adakah masyarakat Malaysia yang sering diseru dan digelar sebagai "masyarakat penyayang" itu tidak sanggup mendekati perkataan dengan perbuatan?
KataGender bersama lebih 20 orang muda, antaranya daripada DEMA, KOMAS, bloggers, pelajar-pelajar kolej dan juga individu-individu, mengadakan aksi di hadapan mahkamah majistret DBKL untuk menyatakan dengan tegas dan kuat bahawa "KAMI TIDAK MENERIMA KUASA PIHAK KERAJAAN TEMPATAN UNTUK MENTAKRIFKAN PERBUATAN INDIVIDU SEBAGAI ISU YANG PERLU DIKUASAI DAN DEPERUNDANGI"
Kami memakai logo stensil yang menunjukkan pasangan berpegang tangan dibelakang jeriji penjara, dan memegang placard berbentuk "thought bubbles" yang ditulis frasa-frasa dan persoalan-persoalan seperti, "ada apa dengan cinta?", "berpegang atau tidak, itu adalah hak kita!" dan sebagainya, dalam pelbagai bahasa (KataGender masih memerlukan sesiapa yang fasih dalam bahasa Tamil untuk menyertai aksi-aksi kami!).

Dari mahkamah, kami berarak sambil berpegang ke KLCC, tempat dimana Ooi dan Siow dituduh. Dalam perjalanan tersebut, kami dilalui oleh van DBKL. Apabila kami menonjolkan logo stensil kami, mereka mengangguk kepala dan dengan muka yang serba salah, meneruskan perjalanan mereka.
Di KLCC, kami berpecah ke kelompok yang lebih kecil, dan berjalan-jalan di shopping mall itu sambil bertanya pendapat keluarga, pasangan dan shoppers yang lain tentang isu berpegang tangan oleh orang ramai di tempat awam, dan juga menarik perhatian mereka kepada kes Siow dan Ooi.
Antagony Aunt juga turut berborak dengan sekumpulan lelaki korporat, seorang ibu dan sepasang kekasih. Kesemuanya tidak setuju bahawa petunjukkan kasih sayang itu hendaklah ditakluk oleh undang-undang kerajaan, dan berpendapat bahawa orang ramai mempunyai kewarasan diri sendiri untuk membuat keputusan behawa adakah tingkah-laku mereka menggangu orang lain. Syukur...

Pada kali ini, Balai Polis Dang Wangi tidak dihubungi, dan kami tidak dicurah dengan hujan kuning atau baton yang bertindak tanpa berfikir. Syukur sekali lagi...
=|
-----
Gambar-gambar oleh Asyraf Lee
Foto-foto juga boleh didapati disini
-----
No comments:
Post a Comment