Berita Terkini
Kebenaran telah Mati
Oleh B.M.T
KUALA LUMPUR, 13 Januari: Kebenaran telah pun menemui ajalnya dan dijangka akan dikebumikan di tanah perkuburan Bangsar esok. Kematiannya merupakan suatu kehilangan yang amat besar pada negara, dan membuatkan kita tersedar dan bangkit. Setelah bertahun lamanya berjuang untuk terus hidup, Kebenaran akhirnya tidak lagi mampu menanggung kesemua serangan yang dihadapinya dari pelbagai sudut.
Antara kejadian pahit yang diketahui umum termasuklah pengambilalihan Utusan Melayu oleh UMNO pada tahun 1961, pengambilalihan Nanyang Siang Pau oleh MCA pada 2001, dan hanya minggu lepas, iaitu pada 5 Januari, campurtangan terus dari kerajaan dalam penyingkiran dua editor senior di China Press.
Pencerobohan kuasa ini telah menjejaskan penglihatan Kebenaran menjadi kabur, dan telah meyebabkannya membuat keputusan-keputusan yang kurang waras sejak beberapa dekad ini. Rakyat yang selama ini bergantung pada Kebenaran bagi melibatkan diri dalam proses demokrasi, telah telah pun terjejas kepercayaannya terhadap keadilan.
Semakin hari, Kebenaran semakin kehilangan anggotanya melalui kurangnya kepertanggungjawaban dan keluhuran wartawan dan media massa. Seseorang yang enggan disiarkan namanya mengatakan, “Kadangkala sesetangah berita dilaporakan untuk mendedahkan kelemahan rakyat bagi mengalih perhatian terhadap kesalahan pihak kerajaan.”
Didorong oleh faktor komersial, sensasi dan kerapkali, cerita yang sengaja diada-adakan, laporan-laporan berita telah dibuat untuk disebarkan umum tanpa memperdulikan Kebenaran.
Salah satu contohnya adalah liputan baru-baru tentang apa yang dikatakan isu ‘Black Metal’, yang mana masyarakat ditakut-takutkan dengan suatu jenis aliran musik, tanpa benar-benar memahami atau mengetahui sejarah sebenar atau konteks muzik tersebut. Bukan itu sahaja, beratus-ratus remaja Malaysia telah ditangkap secara rambang dan dituduh sebagai rosak akhlak – Kesemuanya hanyalah untuk mencipta isu sensasi bagi melariskan jualan terbitan mereka. Melalui laporan-laporan sedemikian, suatu budaya baru telah dicipta dengan begitu mudah oleh media massa dengan begitu tidak bertanggungjawab sekali, untuk terus mengawal sekumpulan rakyat yang tidak mempunyai kuasa. Hak asasi manusia dan kebebasan remaja telah dikekang dengan begitu teruk sekali, hasil keghairahan media komersial murahan dan oleh wartawan-wartawan yang tidak bertanggungjawab.
Kanser sebegini telah memakan daging Kebenaran dan melemahkan keupayaannya untuk berdiri teguh. Orang ramai yang berhak mendapat maklumat tepat sebaliknya disuapkan ceramah isu moral yang memualkan. Menurut suatu sumber sulit, “Secara beransur-ansur, kita lihat masyarakat menjadi begitu ketagih pada drama dan kontroversi. Dengan penutupan minda sedemikian dan hilang kemampuan berpikiran kritikal, keupayaan mereka sebagai rakyat aktif kian bertambah lumpuh”.
Seperti tidak cukup setakat itu, telah bertahun lamanya Kebenaran dibebani dan diikat dengan pelbagai undang-undang yang menyekat kebebasannya untuk mendengar dan berkata-kata. Undang-undang ini termasuklah Akta Cetak dan Penerbitan, Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan, Akta Maklumat Rahsia dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apabila digabungkan, kesemua akta ini telah pun mampu menjahit tutup keseluruhan mata,telinga dan mulut Kebenaran.
Dengan darah yang telah pun diracuni, kehilangan anggota dan kehilangan deria rasa, Kebenaran masih mampu untuk terus hidup agak lama juga. Mungkin kerana beberapa orang individu dan organisasi telah menolong untuk cuba menjalankan pembedahan dan memulihkan Kebenaran melalui media alternatif. Namun begitu, usaha-usaha ini telah pun dibuat semana yang mampu.
Akhirnya, Kebenaran mati jua. Sekarang hanyalah tinggal untuk waktu berkabung. Oleh itu, marilah berkabung, berdoa, dan bersedia untuk menempuh waktu-waktu yang penuh keraguan. Tiada lagi Kebenaran sebagai tempat kita bergantung.
[Kenyataan Akhbar utk aksi Pusara Media]
-------------------------------------------------------------------------------------
Latest News
Truth is Dead
by B.M.T
KUALA LUMPUR, 13 January: Truth is dead and expected to be buried on the grounds in Bangsar tomorrow. Its death is a great blow to the nation, and its finality a sobering fact to wake up to. After struggling for its life for many years, Truth was not able to bear up to the multiple assaults it received from various quarters.
Some of the most widely grieved events include the Utusan Melayu takeover from UMNO in 1961, the Nanyang Siang Pau takeover from MCA in 2001, and only last week, on 5th January, direct interference from the government in the sacking of two senior editors in China Press.
This invasion of control has affected Truth’s eyes to be able to see without being obscured, and has created more and more dubious judgement calls for several decades now.
Citizens who rely on Truth to be able to participate actively in democracy have been severely shaken by the inability to trust its impartiality.
Truth has been losing more and more limbs through the lack of accountability and integrity of journalists and members of the press. One affected individual who wishes to be unnamed stated, “Sometimes some news stories are reported to focus on the mistakes of citizens in order to divert the attention away from the mistakes of the government.”
Driven by commercialisation, sensationalism and oftentimes, complete fabrication of facts, news reports have been produced for mass consumption without accountability to Truth.
One example is the recent coverage of the so-called ‘Black Metal’ issue, where a particular genre of music has been demonised without any real understanding or knowledge of its history or context. Not only that, hundreds of young Malaysians have been arbitrarily targetted and accused of moral corruption with an agenda of pushing for sales through sensationalism. Through the reports, a new culture has been randomly created by the press to further control a group of relatively powerless citizens. The human rights and freedoms of young people have been severely curtailed for crass commercialism through irresponsible media and journalism.
This form of cancer has eaten into the blood stream of Truth to weaken its ability to stand its ground. The public who has a right to receive accurate information and facts are instead fed fables heavily dosed with self-serving morality. According to a source that wishes to remain anonymous, “We have slowly seen the public become addicts of drama and controversy. With such a closing of the mind and the shutting down of critical faculties, their capacity as active citizens have been further crippled.”
In a final act of indignity, Truth has been burdened and tied up with scores of legislations that restrict its freedom to listen or speak for many years. These laws include the Printing and Publications Act, Communications and Multimedia Act, Sedition Act, Official Secrets Act and Internal Security Act. Working together, these acts effectively sewn the eyes, ears and mouth of Truth shut.
With poisoned blood, loss of limbs and sensory capacities, it is a wonder that Truth has been able to survive for as long as it did. Perhaps this is due to some individuals and organisations have attempted to perform regenerative operations and surgery on Truth through alternative media. However, these efforts have done all it can.
Truth is dead. It is time to mourn. Put on your black clothes, say a prayer, and be prepared for an age of uncertainty and scepticism. We have nothing more to rely on for knowing the Truth.
[Press Statement for Pusara Media action]
Monday, January 23, 2006
Friday, January 13, 2006
Pusara Media Candle Light Vigil
Pagi ini, memorandum tentang Kebebasan Media telah disampaikan kepada SUHAKAM. Malam esok pula...
"PUSARA MEDIA CANDLE LIGHT VIGIL"
satu acara berkabung dan protes aman atas kematian etika media/journalis dalam melaksanakan tukar dan melaporkan berita-berita yang beranalisis kukuh dan benar.
AKTIVITI:
1. berarak daripada PUTRA LRT Bangsar ke bangunan pejabat NEWS STRAITS TIMES (NST) - Harian Metro di Jalan Riong, Bangsar.
2. berkumpul dan menyalakan lilin di hadapan pejabat NST.
3. persembahan - teater jalanan, sajak, speech dan aksi-aksi yang dirasakan patut.
PERHATIAN/PERINGATAN:
1. sila berpakaian hitam.
2. sila bawa lilin dan botol mineral sebagai tapak lilin.
3. sila bawa banner, placard, puppets, musical instruments sendiri dengan mesej yang sesuai.
4. semua orang boleh participate untuk baca puisi, street teater dan persembahan yang lain.
5. perjumpaan/meeting sebelum acara di UBU Bangsar pada hari Jumaat 13/01/2006, pada pukul 8:00 malam.
Tarikh: 14 January 2006 (Sabtu)
Tempat: berkumpul di kawasan bawah stesen PUTRA LRT Bangsar.
Masa: 8.00 - 8.30 malam (masa berkumpul)
Kontak: 016 9045205 / 013 2437092

Petisyen Hentikan Diskriminasi!
Tandatangan di Sini | Sign the Petition Here
Petisyen kepada Kerajaan Malaysia
Undang-Undang Keluarga Islam: Hentikan Diskriminasi Terhadap Wanita!
Kami warga Malaysia, lelaki dan wanita yang terdiri dari berbilang agama, amat bimbang terhadap penghakisan hak wanita, terutama wanita Islam, yang terus berlaku di Malaysia.
Pelbagai pindaan kepada undang-undang keluarga Islam dalam dua dekad kebelakangan ini, semakin menggugat kedudukan wanita, terutamanya wanita Islam, dalam rumahtangganya. Syarat-syarat untuk berpoligami, perceraian, pembahagian nafkah dan hadhanah kebanyakannya memihak kepada kaum lelaki dan merugikan kaum perempuan. Malah, pelaksanaan undang-undang dalam proses perundangan Syariah juga berat sebelah kepada pihak lelaki. Banyak laporan akhbar dan aduan yang diterima pertubuhan wanita menunjukkan wanita tidak menerima layanan yang adil dan saksama dari pihak mahkamah Syariah.
Pelulusan Rang Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2005 oleh Dewan Negara bulan lepas merupakan satu lagi tindakan dalam arus penghakisan hak wanita. Pindaan terbaru ini memberikan pihak lelaki kuasa yang jauh lebih besar dari dahulu untuk berpoligami, untuk menceraikan isteri dan juga untuk membekukan harta isteri untuk menuntut harta sepencarian, manakala peluang pihak wanita untuk menegakkan hak mereka kian luput.
Adalah amat mengecewakan bahawa Malaysia, salah satu tokoh di kalangan negara Islam, telah memilih langkah ke belakang dengan meluluskan pindaan yang memudaratkan kaum perempuan. Ini tentu tidak sejajar dengan arus perubahan di kalangan beberapa negara Islam yang mengorak langkah untuk meminda undang-undang keluarga Islam ke arah kesaksamaan dan keadilan antara lelaki dan wanita. Satu perkembangan terbaru di dunia Islam yang amat dialu-alukan ialah pelulusan pindaan terhadap Moudawana (Kod Status Personal) di Maghribi yang mendukung prinsip keadilan dan kesetaraan antara lelaki dan wanita dalam Islam. Perkembangan seperti inilah yang sepatutnya diteladani oleh negara Malaysia.
Untuk memastikan agar hak wanita, terutama hak wanita Islam, di negara ini tidak terus digugat, malah ditegakkan dan dimajukan, kami menyeru agar Kerajaan Malaysia:
• Tidak mewartakan Rang Undang-Undang ini pada peringkat Wilayah Persekutuan, dan menggantung pelaksanaannya di negeri-negeri yang sudah meluluskannya,
• Menggubal Rang Undang-Undang Keluarga Islam yang baru berdasarkan kepada prinsip keadilan dan kesaksamaan,
• Menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen supaya dapat menjalankan perbicaraan terbuka di seluruh negara untuk mendengar dan memastikan suara rakyat umum akan terlibat dalam penggubalan undang-undang yang mempengaruhi kehidupan seharian mereka,
• Menghormati hak asasi manusia, terutamanya hak wanita Islam dalam rumahtangga, dan mengkaji pentafsiran undang-undang Islam alternatif yang menegakkan kesaksamaan antara lelaki dan wanita dan juga mendukung hak asasi manusia sejagat.
Kami, dengan ikhlas dan tegas, percaya bahawa kesaksamaan antara lelaki dan perempuan patut dinikmati oleh semua rakyat dan pemastautin tetap di Malaysia, tanpa mengira bangsa dan agama. Prinsip in sejajar dengan tuntutan Perlembagaan Persekutuan, Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Konvensi Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita, yang telah dipersetujui oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1995, dan juga ajaran seluruh agama di dunia.

More information
Lainie, one of the 'innocent' watchers who got roped into the action blogged about her experience. Funny how cliches come back and bite you in the arse. Maybe in life, there is no such thing as clean-hands bystanders :-|
Enjoy the ride while you scroll down to her blogging of the event on 9th Jan ;-)
Bobjots also blogged (with a little more gravity) on what the IFL issue is about.
If you still want more, here's the leaflet we handed out with the petition:

Parody of the IFL Bill
Christmas day present this year by our go'men to the rakyat, was the passing of the Islamic Family Law Bill. This is despite the fact that dalam Dewan Negara, seramai 25 ahli senator wanita membantah perlulusan akta itu. Nazri Aziz dpd Pejabat Perdana Menteri mengarah 19 orang senator dpd Barisan Nasional utk mengundi mengikut Party Line. Dalam kata lain, jangan memberontak, jangan membantah, kalau tidak, akan dipecat. Nazri invoked the Whip.
Apa gunanya demokrasi sekiranya wakil rakyat, institusi dan mekanisme demokrasi tidak berfungsi untuk menegakkan keadilan?
Parody Parlimen sedang bersesi
Inilah persoalan yang kami tonjolkan dalam aksi KataGender ahad lalu dikaki-jalan bandar Kuala Lumpur. Jika demokrasi bermakna kuasa didalam tangan sesiapa yang berhak untuk invoke the Whip, maka semua senator-senator & wakil-wakil rakyat cuma patung pak & mak turut yang pandai tersenyum kambing sahaja. Bukan?
Bermulalah..
"Sekiranye nak kahwin, kena serahkan semua hak kepada suami. Setuju?"
Apa yang difikirkan oleh Security Guard ini? Tentang hak dia sebagai seorang rakyat? Sebagai seorang anak lelaki, potensi suami, atau tentang gaji yang mungkin dipotong sebab budak-budak ni buat benda entah apalah..
Kamu rasa secure ye? Sebab lelaki, sebab bukan Muslim..Tapi dengarlah!
Jangan menoleh-dalih lagi, ini isu kamu, kami, kita semua.
Salah satu daripada cadangan Bill yang tetap diluluskan oleh 'Parlimen Puppet' kita: "Sekiranya tiada mempunyai bapa, tidak layak untuk undi"
"If you dont have a father, you dont have a right to vote"
Hmm.. mesti aku kisahke? Aku dapat banyak lagi hak..takpekan? Kan? Kan???
"Marilah kambing-kambingku... Tidak.. tak bawak kamu semua utk disembelihkan. Percayalah cakap datuk.."
Senyuman palsu, Suara terpendam. Inikah demokrasi?
"Bill yang seturusnya.. satu keluarga, satu undi cukuplah. Boleh?"
"Kamu berani membantah? Datuk sebat kamu! Invoke the Whip! Invoke the Whip!"
Senator & MP maju kehadapan! *uhuk* *uhuk*
Aksi ini juga cuba mendapatkan respons dan action dpd orang ramai. Dengan cara yang mudah. Kalau nakkan hak, senangje.. boleh mula dengan menandatangani petisyen!
Dalam LRT sempat juga nak mendapatkan engagement.
Jangan tengokje..Gunakan kuasa demokratik anda!
Tandatangan Petisyen
Sesi demokratik kaki-lima sedang dijalankan :)
photoes by ezrena marwan: www.ezthetic.net
Jamming VAW - some foto-foto
Okay, Antagony Aunt telah terlanjur diasyiki musim perayaan dan tahun akhir. Report back ttg Jamming VAW Night terlewat. Dah terlepas terlalu lama... dan makcik nyanyuk dah nyanyuk sikit. Tak teringat detail-detail.
Secara ringkasnya, kami mendapat sokongan yang sungguh inspiring daripada komuniti pemuzik, penulis dan pembuat filem. Inilah leaflet acara kami pada malam itu:
Sungguh bertuah ada orang-orang ramai yang sudi menyesatkan diri utk mencari lokasi LostGenerationSpace utk support isu Keganasan Terhadap Wanita. Tak mention pula artis artis seperti Rafidah Abdullah (3r), Rafil (360 degree head rotation), Joe Kidd, Peter Hassan Brown & Marzika, Bernice Chauly, Mei Chern, Mien, Sei Hon, Julian dengan Malaikatnya di Jendela & Azmyl Yunor yang turut kongsi bakat & cerita-berita pada malam tu.
Kenapa begitu bersemangat? Inilah kerana pasal isu keganasan terhadap wanita!
Dengar khabar, KataGender tak cukup duit utk bayar sound system pd malam tu sebenarnya. Tapi dengan kuasa buruh kolektif, mereka dapat juga raise ngam-ngam cukup RM325 dpd artwork "Bilik Masak-Masak" dan juga stencilling atas surat jamin polis. RM300 utk sound system, yang terlebih pada FoodNotBombs utk beli makanan utk BBQ utk event malam seterusnya. Okaylah, cukup cerita, a picture apparently speaks a thousand words. So here's a few thousand:
sambil mendengar dendangan lagu, boleh juga melukis-lukis!
azmyl.. makan gaji! [sorry, photograhy tu slack sikit]
dalam bilik masak-masak
aktiviti kat luar, stencilling surat jamin. seringgit je satu.
stencil surat jamin tak cukup, nak stencil seluar juga..
nak buat event, kena potong rumput. nak potong rumput, tapi takde duit. buat DIY, macam mana nak buang rumput yang dah kena potong? buatlah..art attack! kalau tonggang-terbalik, adake nampak macam kambing hitam sikit?
KataGender ada juga mendapat support daripada penulis berbakat. Bernice Chauly mebaca script seorang transgender bernama Honey.
Peter Hassan Brown & Marzika. Betulnie.. kami berjamming tentang keganasan terhadap wanita!
Hasil artwork dpd Bilik Masak-masak. Gempak juga dikalangan mesejnye.
Nampak tu, guna blade kipas. Ngeri sikit...
Mei Chern.."do you see me like you?"
Mural, nampak familiar tak? :)
Subscribe to:
Posts (Atom)